Monday 21 January 2013

Piagam, Misi dan Wawasan


MISI

Bahawa sesungguhnya Misi
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh ialah
untuk meningkatkan iltizam, kecekapan dan
kecemerlangan pelaksanaan amanah tugas
ke arah kesempurnaan pencapaian
matlamat pendidikan.



WAWASAN

Bahawa sesungguhnya Wawasan Sekolah
Kebangsaan Pasir Puteh
ialah menjadikan sekolah ini sebagai
pusat penjanaan warisan bangsa cemerlang
dan budaya memartabatkan ilmu serta
Memperkasakan Akal Budi melalui
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.




 PIAGAM PELANGGAN

Kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh dengan penuh iltizam akan berusaha dengan penuh rasa tanggungjawab bagi:

  • Memastikan semua murid di sekolah ini berpeluang mendapat segala input dan prasarana pendidikan bagi mempertingkatkan potensi mereka.
  •  Memastikan semua murid mendapat agihan dan layanan yang adil dan mesra mengikut kelayakan dan hak mereka.
  • Menentukan murid mendapat kemudahan dengan kriteria dan prosedur yang maksimum di samping budi bicara yang fleksibel.
  • Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselesaan fizikal bagi mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran.
  • Menjamin keselamatan murid dari ancaman dan gangguan secara fizikal, mental dan emosi.
  • Memberi layanan segera terhadap masalah dan isu yang diketengahkan oleh ibubapa/penjaga dan cuba diselesaikan di peringkat sekolah.
  • Menyediakan rekod dan pelaporan yang kemas kini untuk menjadi rujukan semasa ibubapa/penjaga.
  • Mengambil tindakan segera terhadap arahan, teguran dan nasihat dari PPD, JPNT dan pihak berkuasa.
  • Menjalin hubungan erat dengan agensi keselamatan, kesihatan dan PIBG bagi faedah dan kesejahteraan murid.
  • Sentiasa bersedia untuk segala perbincangan bagi kebajikan dan kemajuan murid.

No comments:

Post a Comment